“Tak
kesian ka kat Pak Tam, yang sedang uzur, yang sedang sakit ni. Apa
salahnya jika Mansor (Datuk) menjadi timbalan saya ? Memang Pak Tam
banyak berjasa kepada Permatang Pauh, saya sentiasa kenangkan jasa Pak
Tam, tapi dia sedang sakit sekarang…”
Saya
yang turut berada ketika itu juga tergamam. Terkejut ada, sedih pun
ada. Itulah pertama kali saya melihat Azizah yang lebih mesra dipanggil
Kak Wan ‘mengamuk’.
Azizah
terpaksa meninggikan suara dan hampir menitiskan air mata, ekoran ada
beberapa anggota parti mempertikaikan secara lantang dek kerana kertas
pengundian untuk jawatan Timbalan Ketua Cabang tiada sewaktu proses
pengundian yang diadakan serentak dengan Mesyuarat Agung parti itu.
Sebelum
itu, sewaktu berucap selaku Ketua Cabang Azizah mengumumkan Pak Tam
atau nama sebenarnya Che Mat Hashim telah menarik diri untuk
mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Ketua Cabang, sekaligus memberi
kemenangan kepada pencabarnya ADUN Penanti Datuk Mansor Othman merangkap
Timbalan Ketua Menteri 1 yang juga bekas Ketua Cabang Balik Pulau.
Penarikan
diri itu kemudiannya diumumkan sekali lagi oleh Pengerusi Tetap yang
turut menunjukkan surat penarikan diri Che Mat atas alasan kesihatan. (
tetapi tidak membacanya kepada ahli)
Untuk
rekod, Che Mat telah hampir setahun menghabiskan masa di atas katil dan
keluar masuk hospital. Ekoran masalah kesihatannya, dia tidak hadir
untuk mesyuarat Agung pada kali-6 dan ke-7 lalu. Begitu juga dengan
mesyuarat peringkat cabang, bahkan ada mesyuarat terpaksa diadakan di
rumahnya, kerana masalah kesihatan yang dihadapinya itu.
Ada
anggota yang mempertikaikan alasan tersebut. Katanya tidak guna disuruh
mendoakan agar Che Mat sihat seperti sediakala, jika tidak yakin Che
Mat akan sembuh semula.
Bahkan,
ada ahli yang memprotes keluar dewan kerana mendakwa surat penarikan
diri itu tidak sah kerana dibuat selepas tamat tempoh untuk menarik diri
iaitu 8 September 2010. Surat Che Mat bertarikh 17 September dakwa
mereka sebenarnya ditulis pada malam 18 September, iaitu sehari sebelum
pemilihan.
Mereka mempertikaikan mengapa Jawatankuasa Pemilihan PKR
Pusat boleh menerima surat penarikan diri tersebut yang jelas melanggar
prosedur dan tatacara pemilihan.
Mereka
juga mendakwa, sebenarnya Che Mat telah dinasihatkan menarik diri oleh
‘tangan ghaib’. Perkara itu dinyatakan dalam blog Anak Sungai Derhaka.
Namun, blog berkenaan tidak pula menamakan siapa gerangan tangan ghaib
tersebut. Blog tersebut sepatutnya mendedahkan siapa gerangannya .
Adakah gerangan tersebut Anwar Bin Ibrahim si Ketua Umum aka ‘Sivagi The Boss’ sepertimana yang dilabelkan oleh blog Sharpshooter ?
Dari
segi melanggar prosedur tatacara pemilihan iaitu pertikaian tarikh
surat penarikan diri Che Mat, saya bersetuju dengan anggota parti
terrsebut. Justeru, saya sarankan anggota parti yang tidak berpuashati
membuat membuat aduan bertulis kepada pihak berkenaan bagi menyiasat
dakwaan ini, seterusnya mengambil tindakan lanjut. Dan jika perlu,
mungkin diadakan pemilihan semula ?
Namun,
dari aspek lain jika benar ada campurtangan Anwar yang menasihatkan Che
Mat untuk menarik diri, saya yakin pertimbangan Anwar bukan faktor
kesihatan Che Mat semata-mata. Tentu ada faktor lain yang lebih utama
lebih mendesak. Seperti mana tindakan parti terhadap bekas TKM 1 Fairus
Khairuddin dulu.
Dalam
hal ini, demi menjaga hati banyak pihak, demi menjaga keharmonian dan
keutuhan parti, saya percaya Anwar tidak akan berterus terang kepada
akar umbi biarpun ada yang termakan hati dengan tindakannya itu,
termasuk saya sendiri dan Sharpshooter ( dalam isu Fairus.)
Saya masih teringat ketika bekas Pengerusi PKR P.Pinang Zahrain
Hashim dan Timbalannya Mansor Othman mengadakan mesyuarat khas dengan
pimpinan PKR negeri, berterus terang mendedahkan kebobrokon Fairus,
Anwar yang berada di ibu kota ketika itu, melenting habis. Zahrain dan
Mansor menjadi mangsa amarahnya.
Saya
yakin Anwar begitu juga Azizah tidak akan ‘mengaibkan’ apatah melupakan
jasa mana-mana barisan pimpinannya, lebih-lebih lagi di cabang
Permatang Pauh.
No comments:
Post a Comment