Sunday 17 June 2012

Lim Guan Eng lantik seorang Muflis sebagai Ahli Majlis.



Apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambil aih kuasa dari tangan Barisan Nasional di Pulau Pinang tiada siapa yang lebih terperanjat dari Lim Guan Eng sendiri yang telah menerajui kempen pilihanraya Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Tiga hari kemudian, Lim. Seorang akauntan bertauliah dari Melaka, telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru,

Lim telah memperkenalkan beberapa langkah populis dan mendakwa sebagai negeri yang  pertama melaksanakan dasar  CAT (competency, accountability, transparency) Kecekapan, Akauntabiliti, Ketelusan..

Lihat.. sejauh mana cekap dan telusnya pentadbiran Lim sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dalam hal lantikan Ahli Majlis MPSP ini..

Cekap hingga membolehkan seorang yang muflis dilantik sebagai Ahli Majlis.. Telus hingga tiada siapa yang tahu bahawa beliau telah menerima perlantikan seorang yang muflis sebagai Ahli Majlis..

Sila ambil perhatian, asas bagi lantikan Ahli Majlis ialah tahap pendidikannya sekurang-kurangnya SPM, Tiada rekod jenayah dan tidak muflis.

Ini adalah sebahagian dari 23 Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).. salah seorang dari mereka merupakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat.

Senarai lengkap sila lihat di SINI
Lelaki yang ditandakan dengan anak panah berwarna merah di atas telah disaman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang oleh Zuricon Sdn. Bhd.

Beliau sekarang dalah Ketua Cabang PKR Kepala Batas.
Penghakiman ini telah difailkan oleh Tetuan Shariful Azhar & Partners yang beralamat di No.9. Tingkat 1 & 2, Jalan Selasih, Taman Semarak, Kulim Kedah pada 6 Dec. 2005.

Dalam penghakiman yang telah dijalankan tanpa kehadiran defendan ini iaitu Abdul Latif bin Abdullah pemunya Emida Enterprise.

Pihak defendan telah dikehendaki membayar kepada Zuricon Sdn. Bhd. Iaitu plaintif sebanyak RM250,414.00 sahaja pada tarikh 27.7.2005 dan faedah yang dikenakan adalah 8% setahun sehingga penyelesaian sepenuhnya.



Tiada pembayaran telah dilakukan, oleh itu tertuduh telah diistiharkan muflis... tetapi kini beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis MPSP.

Yang mana lantikannya telah dipersetujui oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Tidakkah lantikan itu melanggar syarat asas untuk dilantik sebagai Ahli Majlis? Inikah yang dikatakan kecekapan?

Laksana anjing yang sudah biasa makan tahi.. tak dimakan dihidunya juga.. begitulah apa yang dilakukan oleh Ketua Cabang PKR Kepala Batas, Abdul Latif bin Abdullah...

Beliau menyalahgunakan kuasa yang ada padanya sebagai Ahli Majlis untuk mengutip sumbangan berbentuk material untuk dijadikan hadiah cabutan bertuah sempena pertandingan bola sepak 'Piala Green MPSP' yang tidak ujud..

Kenapa permohonan sumbangan ini perlu dilabel sebagai sulit??? sila lihat diakhir dokumen..



Kenapa perlu dilabel sebagai 'SULIT'??? apa tujuannya mengumpul sumbangan bagi aktiviti yang tidak ujud?

Inikah yang dimaksudkan oleh Lim Guan Eng sebagai CAT (competency, accountability, transparency)?

Cekap hingga membolehkan seorang yang muflis dilantik sebagai Ahli Majlis..

Accountability hingga membolehkan Ahli Majlis itu menyembunyikan segala bentuk sumbangan..

Telus hingga rakyat Pulau Pinang tidak tahu bahawa Ahli Majlis yang muflis itu dibenarkan mengutip sumbangan sebagai seorang Ahli Majlis..
 

No comments:

Post a Comment